Rabu, 30 Disember 2015

Berita Yang Mendukacitakan


Pada 29.12.2015, suatu berita yang amat menyedihkan seluruh warga SK Guar Perahu apabila secara rasminya dimaklumkan oleh Tuan Guru Besar bahawa, 2 orang guru akan bertukar ke sekolah lain. 2 orang guru tersebut adalah :
1. Puan Rohani binti Abdul Rahman (ke SK Mengkuang)
2. Puan Haslina binti Zakaria (ke SK Permatang To' Kandu)
Sesungguhnya, pertukaran ini amat memberi kesan kepada SKGP memandangkan kedua-dua pendidik ini amat berwibawa dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sepanjang mereka mencurah khidmat bakti di SKGP. Bagi Puan Rohani,beliau telah berkhidmat hampir 27 tahun di SKGP manakala Puan Haslina pula, beliau telah berkhidmat hampir 23 tahun di SKGP. Kedua-dua mereka telah memberi sumbangan yang amat besar sepanjang tempoh berkenaan. Semoga Allah memberi sebesar-besar ganjaran buat mereka berdua atas segala khidmat, sumbangan dan pengorbanan yang telah mereka berikan selama ini.
UPP SKGP mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Rohani dan Puan Haslina yang telah banyak membantu melicinkan perjalanan pengurusan UPP SKGP. Kesempatan ini juga diambil untuk kami memohon ampun ampun dan maaf atas segala kesalahan dan  kesilapan yang telah kami lakukan. Kami doakan semoga Allah melindungi, merahmati dan memberkati kehidupan kalian berdua walau di mana kalian berada.
Akhir kata, Selamat maju jaya dan selamat menjalankan tugas di sekolah yang baharu dengan lebih cemerlang. Salam Perpisahan buat kalian, insan yang telah banyak berkorban...

0 ulasan:

Catat Ulasan