Isnin, 23 November 2015

Tahniah Calon UPSR SKGP 2015

Alhamdulillah... Keputusan UPSR 2015 bagi SKGP tahun ini menunjukkan peningkatan. Syabas dan tahniah kepada semua calon yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru yang telah mencurahkan khidmat bakti mendidik dari Pra Sekolah hinggalah ke Tahun 6. Sekalung penghargaan juga kepada semua ibu bapa dan waris serta PIBG yang memberikan komitmen dalam memberikan kerjasama terhadap program kecemerlangan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Sama-sama kita berdoa agar keputusan UPSR SKGP untuk tahun-tahun yang akan datang semakin cemerlang.

Kepada yang berjaya, selamat maju jaya. Teruskan kecemerlangan sehingga ke peringkat yang tertinggi. Kepada yang kurang berjaya, ini bukanlah penamat kepada tugas anda sebagai murid. Sesungguhnya, perjalanan pendidikan anda masih jauh. Masih ada ruang masa dan waktu yang boleh anda perbaiki untuk mencapai keputusan yang lebih cemerlang. Bulatkan tekad. Tanamkan azam. In Shaa Allah.... Kejayaan menanti kalian .....



0 ulasan:

Catat Ulasan