SEKOLAH KEBANGSAAN GUAR PERAHU

" ILMU DAULATKAN KAMI "

SALAM RAMADAN DAN SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI

Ikhlas Dari Seluruh Warga SK Guar Perahu

MAJLIS PERSARAAN USTAZAH SALMAH

Gambar kenangan hari terakhir Kak Salmah di SKGP

SELAMAT BERSARA KAK SALMAH

Jasamu akan tetap dikenang

" MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2017 "

Ikrar dilafaz, amanah digalas

Selasa, 12 Januari 2016

UJIAN PENGESANAN TAHUN 6 2016

 
 
 
 


Hari ini, 12 Januari 2016 , semua murid Tahun 6 akan menduduki Ujian Pengesanan bagi mengesan tahap pencapaian semasa murid serta memberi pendedahan awal kepada mereka untuk menjawab soalan menggunakan format peperiksaan yang baharu. Susulan dari Ujian Pengesanan ini, pihak sekolah akan merangka, merancang dan menyusun strategi untuk membolehkan semua murid Tahun 6 dipandu arah untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR nanti. Semoga usaha ini akan dipermudahkan dan membuahkan hasil yang lebih cemerlang.
 

Khamis, 31 Disember 2015

Khabar Duka Hadir Lagi


Setelah 2 hari lepas, SKGP dikejutkan dengan berita pertukaran Puan Rohani dan Puan Haslina, hari ini SKGP berduka lagi. Kami bakal kehilangan seorang lagi warga SKGP yang sangat komited dan berdedikasi.
Encik Suhaimi bin Saad, yang merupakan Penolong Kanan Pentadbiran SKGP akan bertukar dan berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Batu Feringghi berkuatkuasa 1 Januari 2016 sebagai GURU BESAR. Walaupun sedih atas pertukaran ini, namun kami turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada beliau atas kenaikan pangkat yang beliau sandang ini.
Kami mengambil kesempatan ini, memohon ampun dan maaf atas segala kekhilafan, kesalahan dan kesilapan sepanjang kita berkongsi bumbung berkhidmat di SKGP ini. Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan atas segala sumbangan khidmat bakti luhur budi yang telah beliau berikan selama ini. Kepada Allah kami doakan agar beliau dapat dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan tugas yang baharu di tempat yang baharu dengan cemerlang.
Selamat maju jaya dan selamat memimpin organisasi ke mercu jaya......

Syabas Cikgu Mie........

Rabu, 30 Disember 2015

Berita Yang Mendukacitakan


Pada 29.12.2015, suatu berita yang amat menyedihkan seluruh warga SK Guar Perahu apabila secara rasminya dimaklumkan oleh Tuan Guru Besar bahawa, 2 orang guru akan bertukar ke sekolah lain. 2 orang guru tersebut adalah :
1. Puan Rohani binti Abdul Rahman (ke SK Mengkuang)
2. Puan Haslina binti Zakaria (ke SK Permatang To' Kandu)
Sesungguhnya, pertukaran ini amat memberi kesan kepada SKGP memandangkan kedua-dua pendidik ini amat berwibawa dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka sepanjang mereka mencurah khidmat bakti di SKGP. Bagi Puan Rohani,beliau telah berkhidmat hampir 27 tahun di SKGP manakala Puan Haslina pula, beliau telah berkhidmat hampir 23 tahun di SKGP. Kedua-dua mereka telah memberi sumbangan yang amat besar sepanjang tempoh berkenaan. Semoga Allah memberi sebesar-besar ganjaran buat mereka berdua atas segala khidmat, sumbangan dan pengorbanan yang telah mereka berikan selama ini.
UPP SKGP mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Puan Rohani dan Puan Haslina yang telah banyak membantu melicinkan perjalanan pengurusan UPP SKGP. Kesempatan ini juga diambil untuk kami memohon ampun ampun dan maaf atas segala kesalahan dan  kesilapan yang telah kami lakukan. Kami doakan semoga Allah melindungi, merahmati dan memberkati kehidupan kalian berdua walau di mana kalian berada.
Akhir kata, Selamat maju jaya dan selamat menjalankan tugas di sekolah yang baharu dengan lebih cemerlang. Salam Perpisahan buat kalian, insan yang telah banyak berkorban...

Selasa, 29 Disember 2015

Sambungan Mesyuarat Pengurusan dan Perancangan SKGP



29 Disember 2015, Mesyuarat Pengurusan dan Perancangan SKGP diteruskan bagi menerangkan segala yang berkaitan dengan bidang Hal Ehwal Murid  yang disampaikan oleh Penolong Kanan HEM, Puan Rosni binti Jamaludin dan bidang  Kokurikulum yang disampaikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Roshita binti Ibrahim.
 
 
 
 
 

Isnin, 28 Disember 2015

Mesyuarat Pengurusan dan Perancangan SKGP 2016




28 Disember 2015, bermulalah mesyuarat pengurusan pertama bagi sesi persekolahan 2016 Sekolah Kebangsaan Guar Perahu. Alhamdulillah, taklimat dan penerangan tentang tugas dan profesinalisme serta agihan tugas dan tanggungjawab telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Mazlan bin Ahmad Sabari. Taklimat pengurusan berkaitan Kurikulum pula telah disampaikan oleh Encik Suhaimi bin Saad. Semoga permulaan perancangan yang telah diatur dan disepakati ini akan dapat dilaksanakan oleh semua guru dan staf sokongan bagi melicinkan perjalanan dan pelaksanaan segala aktiviti dan program sekolah.






Selasa, 22 Disember 2015

LDP Perkongsian Ilmu KSSR






Bermula 21  Disember 2015, LDP Perkongsian Ilmu KSSR Tahun diadakan di Bilik Mesyuarat SKGP. LDP selama tiga hari ini akan memberi pengetahuan dan pendedahan kepada semua guru tentang perkembangan terbaru KSSR bagi pelaksanaan pengajaran Tahun 6 2016. Moga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru.

Khamis, 26 November 2015

Takwim Peperiksaan UPSR 2016



UPSR 2016 akan bermula dengan format yang baharu. Takwim telah dikeluarkan oleh LPM.